Maryam binti Imran adalah satu-satunya wanita yang namanya disebut dalam al-Quran. Malah nama itu mendapat penghormatan apabila dipilih untuk menamakan satu surah daripada surah-surah al-Quran. Beliau anak tunggal kepada Imran, seorang daripada pemuka-pemuka dan ulama Bani Israil. Ibunya pula saudara ipar kepada Nabi Zakaria a.s.
Sewaktu mengandungkan Maryam, ibunya berdoa: “…Tuhanku, sesungguhnya aku nazarkan kepada-Mu anak yang ada dalam kandunganku ini sebagai muharrar (seorang yang bebas dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepada-Mu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Ali-Imran 3:35)
Mengapa hanya nama wanita itu yang dipilih untuk disebut dalam sebuah kitab suci yang dibaca oleh berbilion manusia sehingga ke hari kiamat, hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Yang jelas, ia menjadi sebab seorang pendakwah Kristian memeluk Islam!
Dr. Gary Miller merupakan seorang pendakwah Kristian yang sangat aktif serta memiliki pengetahuan yang mendalam tentang Bible. Beliau meminati matematik dan ilmu logik.
Suatu hari dia bertekad untuk membaca al-Quran bagi mencari kesalahan yang terdapat di dalamnya. Kesalahan itu nanti akan digunakan dalam mendakwah orang Islam agar memeluk Kristian.
Dia beranggapan, kitab yang telah ditulis lebih 14 abad yang lalu itu pastinya mengandungi maklumat-maklumat yang telah ketinggalan zaman, membicarakan tentang padang pasir dan yang berkaitan dengannya.
Namun apa yang ditemui sungguh menakjubkan. Al-Quran mengandungi fakta-fakta sains yang hebat. Lebih menakjubkan, al-Quran tidak langsung menceritakan tentang wanita-wanita yang hidup bersama Muhammad s.a.w. dan sangat rapat dengan baginda seperti Khadijah, Fatimah dan Aisyah. Sebaliknya al-Quran bercerita secara terperinci mengenai bonda Nabi Isa a.s. Al-Quran memuji dan mengiktiraf Maryam sebagai seorang gadis yang terpilih, suci, taat dan beriman kepada Allah serta kitab-kitab-Nya. Hal yang sedemikian tidak terdapat dalam kitab Kristian sendiri. Malah terdapat satu surah diberi nama Maryam. Nama Muhammad s.a.w. sendiri hanya disebut empat kali berbanding nama Isa a.s. yang disebut sebanyak 25 kali.
Selain itu dalam surah Maryam juga mengandungi mukjizat serta fakta yang diperakui ketepatannya oleh sains moden. Dalam ayat 23-26 surah Maryam, Allah s.w.t. telah berfirman (maksudnya):
”(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata, ‘Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!’ Lalu dia diseru dari sebelah bawahnya: ‘Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenang hatilah daripada segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapa pun daripada kalangan manusia pada hari ini.”
Dalam ayat di atas, Allah s.w.t. menasihati Maryam supaya:
1. jangan berdukacita,
2. gegarkan pohon kurma dan
3. makan buahnya.
Menurut pakar perubatan, perasaan dukacita atau disebut kemurungan ketika hamil boleh membawa kesan yang buruk kepada ibu dan anak dalam kandungannya.
Kaji selidik menyatakan kemurungan ibu menyebabkan berubahnya paksi neuroendocrine (saraf & hormon) dan saluran darah ke rahim, justeru mengundang kepada kelahiran pre-mature, rendah berat lahir bayi dan pre-eclampsia.
Keputusan kelahiran yang negatif banyak dikaitkan dengan simptom kemurungan dalam trimester kedua dan ketiga kehamilan. Bayi yang dilahirkn oleh ibu yang murung mempunyai paras cortisol dan catecholamine yang tinggi sebaik sahaja dilahirkan. Bayi-bayi ini menangis lebih kerap dan susah untuk dipujuk berbanding bayi-bayi daripada ibu yang tiada masalah kemurungan. Bayi daripada wanita yang mempunyai risiko kemurungan yang tinggi juga menunjukkan lebih ketidaktentuan waktu tidur dan lebih masa di atas katil sebelum benar-benar tidur.
Jika kemurungan berterusan sehingga selepas kelahiran, risiko kesan buruk berpanjangan terhadap bayi seperti kurang keakraban ibu dan anak, kelewatan perkembangan kemampuan cognitive, kurang perkembangan emosi dan masalah kelakuan boleh terjadi. Kajian menunjukkan bayi-bayi seperti ini lebih kalut, kurang menyatakan hasrat dan kurang membuat raut wajah yang positif. Jika bayi didedahkan kepada situasi kemurungan ibu dalam 4 bulan pertama, walaupun ibu mendapat rawatan kemudiannya, bayi tadi mengalami kelewatan pertumbuhan dan simptom-simptom tadi juga berkekalan. Apabila mereka membesar, berkemungkinan disebabkan oleh pendedahan awal atau suasana tertekan yang berterusan di rumah, mereka lebih berisiko untuk mengalami masalah gangguan emosi dan kelakuan buruk, cuba membunuh diri dan memerlukan rawatan mental pada kemudian hari.
Itu berkenaan nasihat jangan berdukacita. Mengapa pula dia disuruh agar menggegarkan pohon kurma? Ini bererti Allah s.w.t. mahu Maryam melakukan pergerakan, bukan duduk diam atau berehat memanjang.
Kajian juga menunjukkan bahawa riadah ringan semasa hamil mendatangkan kesan positif bagi ibu dan bayi. Riadah membantu ibu:
1. Berasa lebih selesa, meningkatkan perasaan pengawalan diri dan menambah kadar tenaga. Di samping menyebabkan rembesan endorphins (bahan kimia semulajadi dari otak), riadah juga:
a. melegakan sakit belakang dan membaiki posture badan dengan menguatkan tona otot belakang, punggung dan paha.
b. mengurangkan masalah sembelit dengan melajukan pergerakan usus.
c. mengelak masalah kehakisan sendi tulang (yang selalunya menjadi longgar ketika hamil disebabkan perubahan hormon) dengan mengaktifkan cecair pelincir dalam sendi.
d. membantu tidur nyenyak dengan menghilangkan stres dan perasaan berdebar-debar yang boleh menyebabkan para ibu tidak mendapat kerehatan di malam hari.
2. Lebih anggun. Riadah membantu pengaliran darah ke kulit, memberikan rupa yg sihat dan ceria.
3. Penyediaan diri dan badan untuk kelahiran. Otot yang kuat dan jantung yang bagus sangat membantu ketika proses melahirkan anak. Penguasaan aliran pernafasan dapat membantu ibu menghadapi sakit melahirkan anak. Dan jika waktu kelahiran sangat panjang, tubuh yang berstamina sememangnya banyak membantu.
4. Mengembalikan tubuh seperti sebelum mengandung lebih cepat. Ibu-ibu yang beriadah kurang menambah berat lemak ketika hamil jika riadah diteruskan dengan syarat riadah menjadi kebiasaan sebelum hamil.
Nasihat ketiga adalah makan buah tamar atau kurma. Kurma mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini membekalkan gula asli di dalam bentuk glukosa dan fruktosa. Gula ini yang lebih baik daripada gula tebu.
Kurma juga mengandungi protein dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2 dan C, termasuk zat besi, kapur, fosforus, belerang, kalium, magnesium, kalsium, mangaan dan tembaga. Kurma juga merupakan jenis makanan berserat tinggi.
Ternyata apa yang diperintahkan dan disarankan dalam al-Quran tidak hanya sekadar untuk memujuk hati Maryam yang terpaksa menghadapi tuduhan kaumnya seorang diri, sebaliknya perintah itu menjadi bukti bahawa al-Quran mendahului segala ilmu yang diperoleh oleh manusia zaman moden ini.
Dan ini mengukuhkan lagi keyakinan kita bahawa al-Quran sememangnya kitab suci yang benar daripada Allah s.w.t

Tidak ada komentar:
Posting Komentar